assalamualaikum.
hari ni saya nak post sedikit tazkirah bertajuk SABAR.sikit je tak banyak pun.actually hari tuh saya ada usrah dengan kak sakinah and dia adalah cakap sikit pasal sabar nih.insyaAllah tazkirah ni untuk diri saya dan semua orang.
Firman ALLAH SWT:
“ Hanya disempurnakan kepada orang-orang sabar pahala mereka dengan tiada terhitung.”
(Surah Az Zumar Ayat 10)
Ulasan Ayat :
1)Gandaan lipat ganda pahala itu adalah menurut hakikat atau jiwa orang yang mengerjakan suatu kebaikan atau meninggalkan kejahatan dengan penuh kesabaran.
2)Sabar lawannya tidak sabar. Sifat sabar tiada penghujungnya, jesturu itulah ganjarannya tiada terhitung, kerana itulah sifat sabar sangat sukar untuk dimiliki oleh kita.
3)Orang yang paling baik akhlaknya ialah mereka yang memiliki sifat sabar serta dapat menahan sabar daripada marah.
4)Kita hendaklah memperkuatkan kesabaran dengan sikap prasangka baik serta berlapang dada agar tertutup pintu kemarahan (tidak sabar) terhadap seseorang yang menguji kesabaran kita.
5)Keindahan dan kenikmatan sabar hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang dapat melakukan ketaatan walaupun berat serta mereka yang dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan munkar.
so,after ni banyakkanlah bersabar.Allah sendiri kata sabar itu tidak terhitung pahalanya.kalau rasa nak marah tu tahanlah.baca astaghfirullah ke sebab itu semua bisikan syaitan.
No comments:
Post a Comment