assalamualaikum.
untuk makluman semua,saya baru balik dari xpdc ahad lepas.serious sangat letih okay!balik tuh saya tido 4 jam!lama gila kan!so saya start dari first day.actually...(ceh speaking gitu)hari jumaat tuh sekolah saya ada buat hari guru and after hari guru habis terus xpdc start.okay terlupa nak cakap xpdc nie diadakan(skema nya)di gunung datuk,rembau,n9.tapi tidur dekat sekolah lah.waktu nak naik gunung baru pergi sana.so back to the first day.first sekali of coz lah kena beratur dekat dataran.fasi2 semua kasi lah tahu peraturan2 nya and denda apa yang kami(form 2) kena kalau buat kesalahan yang tertentu.lepas tuh ada explorace.biasalah kalau explorace dalam camp mestilah ada kawad,ikatan,pertolongan cemas and so on.but kitorang tak sempat nak habiskan explorace tuh sebab dah masuk asar.lepas asar kitorang ada survival cooking.at first kumpulan saya kongsi dapur dengan kumpulan 3.punyalah susah nak buat api.dh hidup pastu nanti mati balik.berapa banyak entah lilin askar kitorang guna,kayu api pun banyak gila!but then tiba-tiba ada akak fasi suruh kumpulan saya buat dapur baru.haish.agak frustrated lah waktu tuh sebab kitorang punyalah lama nak buat dapur dengan kumpulan 3 sekali kena pergi buat dapur baru.fuh.masa dah lah dah nak habis.takut tak sempat nak masak nasi jer.tapi tak apa.kitorang pun buatlah dapur baru.and nasi yang kitorang sempat masak tuh agak keras.tapi terpaksalah makan.nasib baik tak sakit perut.malam tuh x buat apa-apa sangat.
2nd day...kitorang bangun pukul 3 pagi okay!sebab kalau ikut tentatif bertolak dari sekolah ke gunung datuk pukul 4 pagi.tapi disebabkan ada masalah sikit so kitorang terpaksalah bertolak pukul 8!sementara nak tunggu bas tu adalah fasi2 tunjuk macam mana nak buat unggun api.then bila bas sampai kami pun bertolak.dalam bas saya kerja tidur jer.sepanjang perjalanan saya tidur.sampai sana lebih kurang pukul 10 ++..siap2 apa semua and start lah kitorang mendaki.mula-mula start mendaki tu macam biasa je lah.tak penat mana pun.tapi bila dah tengah-tengah tu..ya ALLAH!tuhan saja yang tahu.penat gila!serious tak terkata.kitorang asyik-asyik berhenti rehat.tu pun bila start sambung balik perjalanan dah start penat balik.air saya minum memang tak terkatalah banyaknya.dah lah setiap kali kitorang jumpa orang luar diorang cakap lagi 30 minit sampai puncak.dah daki 30 minit..lepas tu jumpa orang lain dia cakap 30 minit.memang tak habis-habislah kitorang mendaki kan!setiap kali jumpa 30 minit.bila dah 2 jam ++ barulah kitorang sampai.fuhh penat gila!ha ni lagi satu waktu nak turun!kalau dah naik gunung nak turun tu mestilah curam kan.kasut saya pula licin(silap pakai kasut)..saya banyak kali terjatuh.kaki cramp lah.nasib baik ada eisyah dengan fatin.saya pegang je tangan diorang haha.bila dah sampai kat base tu kitorang terus pergi beli air and rehat.pukul 6 macam tu kitorang bertolak balik sekolah.but kitorang ada berhenti dekat RnR seremban untuk solat and dinner.waktu balik sekolah pun kerja saya tidur jelah.bila dah sampai tu pula,malam seni terus start.kumpulan saya tak bincang apa-apa pun.ada lah sempat bincang sikit.and kitorang pula kumpulan last buat persembahan.saya nak cakap sikit dekat sini..persembahan kumpulan saya macam tak ada motif okay!haha.buat malu jer.
and now the last day!(oh yeahh).bangun agak lewat..pukul 5.20 macam tuh.nasib baik sempat buat qiamullail.banin tak buat pun.ish3.lepas tuh solat subuh.macam dah pagi sikit ada riadhah..main game yang lawak2.haha.and masa yang kitorang tunggu-tunggu..khidmat diri!akhirnya boleh tukar baju!wangi-wangikan badan...sebab semalam kan daki gunung so baju sangat kotor.dalam pukul 12 kitorang boleh balik!!woohhooo!
-"MENUJU PUNCAK,UKHWAH DIJANA"-(tema xpdc 2012)
No comments:
Post a Comment